Weekend kali ini, oleh kerana ramalan kaji cuaca yang super tepat di Jepun ini telah mengatakan bahawa ahad hujan di kyoto dan osaka, (Pada mulanya bercadang nak jalan-jalan tengok tulip di Commerative Park Osaka pada ahad). Maka kami sekeluarga pun memutuskan untuk berjalan pada hari sabtu sahaja.
Lokasi jalan-jalan pula di bandar Kyoto sahaja, iaitu Muzium Keretapi Wap di Umekoji berhampiran dengan Kyoto Station,
http://www.mtm.or.jp/eng/umekoji/
Perjalanan nak ke sana pula dari rumah, naik train saja sampai kyoto station dan jalan kaki lebih kurang 15 minit untuk sampai sana.
Tiket untuk masuk muzium ni adalah 400 yen untuk dewasa dan 200 yen untuk kanak-kanak.
Tarikan utama kat sini adalah pengunjung berpeluang untuk merasakan sendiri pengalaman menaiki keretapi wap (SL) dengan harga dewasa 200 yen dan kanak-kanak 100 yen sahaja. waktu operasi SL ni adalah pada pukul 11.30, 13.30 dan 15.30. Lupa pula muzium ni beroperasi dari jam 9.30 pagi sampai 5.00 petang, last mboleh masuk pukul 4.30 petang dan hari isnin tutup. (Kat jepun, tarikan pelancong selalunya buka pada weekend).
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgpnGyyNHFhsWjQuExxAl1fMWsbBuSuI5CjssDit1-0B7mSLE8fnLv6cwdgNycZClqB3AofusKP7qiWFrFddx0FTtyOUrKunVvyg1wSnUpYEXm7bJbxbcqkaw_clA0i2l2UIX5sTyJMjAM/s400/_MG_8710.JPG) |
Ni la rupa train wap yang boleh naik tu |
Adlina punyalah seronok sebab dapat berjalan dalam kawasan muzium yang luas. Nak ambik gambaq dia punyalah susah.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj-k1hiyJ8DsSh_Jw8LIQdiY_qRVXb3IDGw5rVa-jzexGR-EkbR5D3MMSl8p6KEPnmABw47FnHjUQnpuvoeFCWBR8527ynUCoeJI-a97hQ0muRSbh3bRvKUnIKxKv8uy2FyO1GSKMtP2Dc/s400/_MG_8719.JPG) |
tak duduk diam |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjBZwCNwcCr-tEigvgyhsDcLTHDjb7HFwkDsIf2V0un_euukBEe27uoTtBAAdHldDNWM-6ylyIEe8W_MC21g-SiK39-bLyn9vj5Lyu4sjvOgjT3N-3BHr16ub1d6LLmV4Lbd_gkt0-gmsY/s400/_MG_8704.JPG) |
ada turntable, lepas pukul 3.30 petang, boleh tengok train SL tu pusing untuk refill arang
|
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh3gfVKPmscpbU4_XquE7ma6qDAeLU7RXVASgMMP4U6kQxgHvHUDObV5GmqLdhkX4YoLttxthzPa8GROgH8B_jNK-qoO0vkKKVpI0X1-YXdikCX3kB6H1s4rs5QLCikjYpUzJqn_gfgvHA/s400/_MG_8722.JPG) |
Koc Lama boleh naik berangan |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjmqxERDFB5kzfYppnqhXk3T8ReLExuaJEhrdRsj1AKsuIh0MSAjNqG-PfbhX_JHimAqyPBKWHcuYyAfewFd98DrrlWcVHJlPzDrpyjAxwbKwzYQevlLk7de1kErcBYJmnQ_k0jUQVlswM/s400/_MG_8779.JPG) |
Parking train (ada yang boleh masuk dan berangan dalam kepala kereta api) |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiE7yIlE4U1B4vAmYlJRhpS-5ScgkOKC8vYPE2yf3VooRxC_pcaHVch6nG8XvKaOAu6GIeef4PAGIcnosCbzhDh1-vE8eNK0lq86CytA7wQHIQlwt2S-H-g8_6EXML6VUAm9BnaTuhE56g/s400/_MG_8785.JPG) |
Paling besar dan powerful seluruh Jepun |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiVrs0D5TQHYTqFtJSmq82uTp9znvoqz-adGRU97Ehm4WSBvPWEjvrda9DivUSzWiC1GOVkw2R1b6jZ0XnaCjCLLRkSQZTwyHRLEqAL_ObLrKSKk1g5HPjBTXz8mXD21Pjksn_kt47XLSA/s400/_MG_8786.JPG) |
ada ruang budak-budak main |
pergh... best... ntah bila ktm nak buat muzium... locomotive pun rosak2.. komuter pun pintu tarak guna!
ReplyDeletetak cukup koc komuter tu nanti kalau buat muzium...
Deleteperghh bestnya... teringin nak pergi... done follow - Noob
ReplyDelete