Search This Blog

Wednesday, 6 April 2011

Cold In Place Recycling (CIPR)

Ni ada sedikit brief mengenai teknik recycle jalan. Kerja maintenance jalan baru paham betul benda ni.Kat U dulu ada satu topik yang kecik sahaja.


Kaedah CIPR merupakan proses mengitar seluruh bahagian pavemen bersama sebahagian bahan di bahagian bawah iaitu tapak jalan (road base) dengan penambahan agen penstabil.  Berdasarkan kaedah ini, satu lapisan crushed aggregate ditambah di atas permukaan jalan yang akan dikitar semula dan lapisan jalan akan digaulkan bersama-sama crushed aggregate dan agen penstabil untuk membentuk hamparan tapak jalan yang baru. Kerja-kerja menurap semula di atas tapak jalan yang baru ini dilaksanakan menggunakan kaedah turapan biasa. Kerja-kerja mengorek, memecah pavemen, menggaul dan menghampar semula tapak jalan menggunakan kaedah ini perlu dilaksanakan menggunakan mesin CIPR khas yang dikenali sebagai Recycler. Antara agen penstabil yang boleh digunakan adalah simen Portland biasa, bitumen emulsi dan bitumen buih. Kedalaman tapak jalan yang dikitar semula adalah berbeza-beza bergantung kepada tahap kerosakan pavemen.
Antara kelebihan kaedah CIPR adalah bahan pembinaan asal dikitar semula dan digaulkan bersama agen penstabil menjadikan tapak jalan kukuh dan penggunaan bahan luar yang lebih sedikit berbanding kaedah biasa. Dengan menggunakan kaedah CIPR juga, masa pembinaan dapat dipendekkan berbanding kerja pembaikan biasa yang melibatkan pembinaan semula tapak jalan.

Ni ada sedikit gambar sebenar mesin CIPR ni kat Malaysia

Gambar 1 : Proses memecah pavemen dan mencampurkan dengan agen penstabil (sini pakai simen) dan menghamparkan semula ke atas permukaan tapak jalan yang baru (road base) lepas ni diorang compact. Dah compact bleh la premix.


Gambar 2 : Besar gak la mesin ni, selalu nampak kat tepi-tepi Lebuhraya.


Gambar 3 : Inilah grinder yang men'scour' jalan sampai berapa depth yang dikehendaki 

No comments:

Post a Comment