Search This Blog

Thursday, 17 November 2011

Saturday, 12 November 2011

handphone untuk anak kecil

dalam dok tengok2 handphone hari tu, ternampak la ni

handphone untuk kanak-kanak
tanya la kat jepun tu, dia kata telefon ni boleh call out ke 1 nombor yang telah di set sahaja dan boleh terima call dari 20 nombor yang disetkan...

maknanya, mak bapak bagi telepon ni kat anak...pastu apa2 hal call...anak2 pun x bleh nak main benda lain melainkan call mak bapak dia saja sebab tu ja pun function yang ada..

bini aku kata malaysia patut ada benda macam ni, pasai la ni kebanyakan budak2 sekolah,tadika semua pakat ada handphone (sesetengahnya lagi canggih dari handphone sony ericsson w200 aku tu).

apa kelebihan dia

1. sapa nak curi? boleh call mak bapak tuan punya phone ja pun
2. mak bapak x perlu bayar bil mahai.
3. mudah dan murah

murah?

ni harga dia

dengan kontrak 2 tahun, telepon ni free of charge kot, tiap2 bulan bayar 7 yen (28 sen)

kalau x nak kontrak, beli handphone ni 500 yen (RM 20)

pastu bil,bayar cukai je..bil free...

sangat menarik kan? kalau adlina dan besar sket..leh la bagi kat dia..hehe...





daftar line telefon jepun

hari rabu yang lepas aku dan isteri serta anak pi buat line handphone untuk aku di bandar kyoto,
nak buat line di jepun ni punyalah susah,nak kena ada alien card dsb..
dokumen yang dia check hari tu adalah
1: gaijin card (alien card) aku punya masih sementara punya.
2: insurans kad
3: pasport

lepas cek, dia pun suruh la duduk kat kaunter, minah jepun ni boleh cakap engrish sket2 ja, jadi proses daftar line tu lama lah jugak...

dia terang plan hapa menda smua...

lagi satu, normally, sapa-sapa yang beli handphone jepun, kena ikat kontrak 2 tahun bayar kos handphone tu bulan2,
disebabkan xnak ikat kontrak,maka kami terpaksala bayar harga handphne tu iaitu lebih kurang 20,000 yen (RM 800++),

settle smua...dapatla line telepon jepun,
line softbank (dulu vodafone nama kompeni dia)
menariknya softbank ke softbank sms free
kalau call pulak dari 1am sampai 9pm kot free...

kira x luak sangat la bil nanti kot,
nak mahai pun mungkin sebab call family kat malaysia


ni lah rupa handphone tu (jenama sharp sama macam tv, siap ada tv gak tu)


rupa henpon

pilihan warna yang ada (mula2 ambik kuning pastu pikir2 kaler macam hampeh ja..amik la putih macam aipon bini)

antara feature yang buat aku kagum adalah ada tv, leh la layan memandangkan umah xda tv (kena tgk kat lobby macam kat hostel lak)
lepas tu application yang berguna iaitu boleh buat akaun kewangan hari2 dan boleh review balik dalam chart dsb.
apa lagi yang menarik ya...ha..ada dictionary jepun-jepun,jepun-english dan english jepun (mudah berkomunikasi dengan orang jepun, cakap2 sket,tunjuk henpon,cakap sket, tunjuk henpon)

dan function paling baru discover, post blog dari handpon....lepas ni selalu la update

tak tau lah balik malaysia nanti leh pakai ke x, dok tgk kat internet ada orang singapore bawak balik dan unlock boleh pakai, kat mudah pun ada jual, kira leh pakai la kot...apapun..lambat lagi...








testing

testing post guna hanphone jepun

Tuesday, 23 August 2011

PSU P4 Kantol

Semenjak dua menjak ni, PC aku yang superb pada tahun 2003 telah tersedak-sedak karan, kejap-kejap restart, kejap-kejap ok,

Tanpa sebarang diagnosis yang mendalam, aku pun buat kesimpulan, mesti power supply punya hal la ni, power supply (PSU) yang aku guna sekarang ni pun aku beli masa kerja kat penang 4 tahun yang lalu, dah sampai masa agaknya,

Tanpa melengahkan masa, kalau lengah, tak best pula nak melayan movie, kalau guna laptop, leh aje nak plug display kat skrin 20' tu, tapi tak boleh guna remote, kalau PC aku, boleh guna remote, baru ada perasaan seperti menonton DVD walaupun menonton cerita hasil aktiviti melanun,

balik kepada tanpa lengah tadi, aku terus berkejar ke Plaza Lowyat (Sebenarnya nak survey harga Hard Disk sekali pasal hard disk 500 GB aku dah full! Harga seagate 1TB kat Cytech RM 305 aku rasa mahal gak) Melilau 2 kedai je, last-last beli la 1TB pada RM285, ada je yang RM 265 tapi USB 2.0 dead, yang aku beli USB 2.0 tapi nanti leh convert ke USB 3.0, terbeli juga joystick wireless, untuk PES 2011, power supply aku beli jenama AVF harga RM 35 je,

Balik rumah, aku pun godek la PC yang lama sungguh tak digodek sejak neon hijau AMD aku rosak beberapa purnama yang lalu, hah! Siap tukar, on la PC, keluaq pula suara robot "Your System Might Have A Problem", takkan ram longgar? aku x usik pun, Hmm....di samping menukar Power supply tadi, aku rongkah la PSU lama tu, pergh, kapasitor dua ketul dalam tu dah bleeding la, jadi short circuit..patut la bengong...

Oleh kerana PSU baru pun x berguna jugak, aku rongkah la jugak, tengok apa perbezaan dia...Cis, soket dari PSU ke mainboard x cukup satu wire, HARAM, terkena gak aku dengan LOWYAT!, Akhirnya, keputusan yang amat drastik diambil, guna balik PSU lama dengan cuba tidak melitar pintaskan ia, potong dengan pisau blade, buang cecair jingga yang dah keras tu, tak tau lah apa yang cair kat kapasitor tu, pasang la balik PSU lama,

On PC je, OK lak, biar betul, rugi aku tersedekah RM 35 di bulan Ramadan kat ALL IT Lowyat, dapat PSU faulty wayar x cukup 1, tapi ada sticker QC pass, QC kompeni AVF ni kerja cemana aaa,leh aku apply,mesti rileks kerja dia, lekat sticker ja...(ke PSU untuk Pentium 4 memang x cukup 1 wire, orang-orang P4 leh comment? aku orang Socket A.

CPU pada Zaman nak tamat kegemilangan, lampu neon masih menyala megah,

Monday, 30 May 2011

Kereta Nasional Power Tau..

Hening pagi 30 Mei 2011 di Lebuhraya PLUS digegarkan dengan deruman enjin standard kereta malaysia yang aku pandu sambil mendengar MP3 hasil kompilasi dari My Music PC umahku....

Tekan punya tekan...maintain kelajuan yang melebihi had laju kebangsaan tersebut....

Tak sampai sejam, ada gak kereta yang kejar dari belakang....
Aku ke tepi..tak nak potong lak dia....
Aku pecut balik....ikut lak dia.....
Terdetik di hati...ini mesti malas nak fikir ni.
macam aku gak...kalau ada kereta lagi laju...aku ikut je...senang x perlu nak brek kalau-kalau ada kereta perlahan kat depan....

Last-last..dia potong gak....Sekali model kereta sama dengan aku da....
Tabik la kereta malaysia...mantap.......

Kereta BMW, Merc... semua kena tinggal....Malaysia Boleh!!!

Wednesday, 11 May 2011

E-mel Berantai

Pernahkah anda menerima e-mel berantai?

Saya percaya semua orang pernah menerima e-mel ini....
Konsep e-mel berantai ini adalah hasil evolusi teknologi kerana pada masa bersekolah rendah dulu...
adanya surat berantai...ditulis kisah-kisah Islam (aku x katakan salah), dan dikatakan pula jika kita tak fotostat dan sebarkan kepada beberapa jumlah orang yang dikehendaki..akan ada bala menimpa kita...kalau sebarkan...ada perkara baik akan berlaku...

Come on la....nak aku percaya perkara ni ka nak aku mentauhidkan diri pada Qada dan Qadar Allah...
Jelas surat berantai ini mengandungi unsur-unsur mensyirikkan Allah.

Pada ketika ini (Zaman IT), banyak pula e-mel berantai..namun..kandungan e-mel ini kebanyakannya dah tak mengatakan kita akan ditimpa bala jika tidak sebar...

So...apa yang cuba diutarakan di sini, e-mel berantai ni sebenarnya tujuannya bagus untuk memberi nasihat, tapi tidak perlu memaksa orang untuk memforwardkannya...ini akan menjadi salah satu spam yang agak bijak la...

Kita sebagai pengguna juga perlu bijak menilai kesahihan sesuatu perkara yang dinyatakan contohnya hadith-hadith yang diforwardkan...ada juga hadith-hadith palsu yang boleh merosakkan akidah jika kita mempercayainya...

Aku bukan perfect..tapi kita boleh merujuk kepada pakar-pakar dan ulama-ulama yang bebas di negara kita yang tidak membuat kenyataan untuk menjaga populariti dan kepentingan peribadi dan pihak-pihak tertentu.

aku nak rekemen satu website yang agak bagus...

semua ustaz ada...jadi boleh dengar semua dan nilaikan...

http://www.mymaktabaty.com/

Tuesday, 10 May 2011

Buckle Up Biker's


Antara kempen keselamatan jalan raya kepada penunggang-penunggang dan pembonceng motosikal yang aku fikir agak kurang berjaya.

Sebab apa aku kata kurang berjaya? rata-rata rider motor ni aku tengok mesti 70% pakai helmet tapi x ikat...
situasi jalan pagi tadi yang agak jam menyebabkan mata aku meliar je tgk kenderaan2 lain...tertengok lak motor pasai masa jam..heaven la leh cilok2...

bro....
sis.....
pakcik....
makcik....
adik2....

ikat ler....sekarang helmet dah canggih2..ada ARC la...LTD la....aku guna helmet ARAL je....tapi still tali dia jenis yg mudah diikat tu..iaitu clip on,

kalau tali jenis antik tu pun simple je nak ikat.... bukan apa..kalau terjatuh,terlanggar...tereksiden, selamat la muka n kepala tu....

sepanjang aku merempit dulu,kini, selamanya...aku sentiasa buckle aku punya helmet...tarik bagi tali tu rapat2 kat dagu...

sepanjang aku merempit juga...dah 2 kali aku tergolek....

1) Mamat mabuk ke hapa ntah himpit aku ngan kereta kat stulang laut....alhamdulillah la..pakai helmet n ikat...
masa jatuh tu visor aku tgh buka...jatuh kepala dulu ni bro, visor ntah macammana otomatik jatuh menutup muka aku...then...seret....atas asphalt yang kematu tu...calar abis visor n dagu aku sket..tapi x tinggal kesan la...
yang tinggal kesan kat tangan aku jer la....

2)Mencilok-cilok menggunakan motor separa besar iaitu RX Jek kat Jalan apa tah di Penang masa kerja dulu...dah nak senja dah...asaq pun lom lagi nih...mujurla selamat..kalau x....apa nak jawab oi...asar x semayang lagi.... tup2 keta depan brek mengejut...apa lagi..dengan segala skill yang ada...brek depan dan belakang sekali...sekali drift da.....menyeret tayar belakang sambil belok mengelakkan kereta itu...dia brek lagi skali terus berhenti...gedegang!!!!(macam tu ka bunyi eksiden?) tergolek la aku ke jalan...kepala dulu gak la...aku pun x paham..adakah natural jatuh moto kepala sembah tar jalan dulu?....

selamat lagi....

so...nasihat aku kepada rider2 sekalian...pakai helmet...ikat la...kalau x ikat...baik x payah pakai...bagi helmet tu kat aku...haha

nasihat kedua..dah asar ni,,,,,jom solat...!

Wednesday, 27 April 2011

Aku Suka Bas Jenis Ini

Apakah perkara paling x seronok apabila mengekori sebuah kenderaan berenjin diesel terutamanya kenderaan perdagangan yang menjamu kopi pegawai-pegawai pemeriksa di pusat pemeriksaan kenderaan di negara kita?

aku x suka sebab proton aku ni...mesti akan masuk bau asap especially bas!
dulu memang aku x kisah la..pasal aku duduk kampong..tempat x sibuk langsung..

skarang duduk kl wei...hari-hari makan asap keta,moto, lori dan bas....kat hiway pun jam..sib baik umah sewa aku kurang sedikit tahap jam dia...

nak dijadikan cerita..memandangkan aku seorang musafir hujung minggu, entah hujung minggu lepas yang mana satu aku x ingat,

dalam perjalan ke taman U, aku termengekori sebuah bas Triton...tapi aku pelik...awat x bau asap?
so aku membiarkan bas tu pulled away  dan aku amati betul2...wow..macam ekzos lori tanah da....memang eficient! x mencemarkan udara yang dihidu oleh kenderaan belakang terutamanya mat-mat rempit....

aku cadangkan, daripada kita dok buat kajian ntah hapa-hapa, blame orang sana sini pasai eksiden bas ke,hapa ke...cuba cadangkan bas-bas kat malaysia ni ada ekzos macam ni...

nah..tengok sendiri la....

Tuesday, 26 April 2011

Lokasi Layan Korner di Kuala Lumpur

1. DUKE
2. Bukit Tunku
3. AKLEH
4. MEX
5. Traffic Light kaler Hijau Kelip-Kelip, Amber dan Merah selama 3 saat pertama.
6. Jalan Lama Gombak - Bentong (Sangat Seronok)

Inilah lokasi-lokasi yang selama ini membotakkan tayar aku hanya di sisi luar sahaja...
Implikasi dia...pi kedai tayar nak tampal..dapat la soalan ini..
pekedai :bos, ini tayar tarak mau tukar ka?
aku : tak pa la..ini tayar ok lagi ma...

dialog ini selalu aku dengar time belajar dulu..masa repair moto...

pekedai : ini barang sudah rosak ooo... (sambil mengelakkan pertentangan mata)
aku : saya memang suka pakai benda rosak...
pekedai : (diam membisu sebentar, sejenak selasa itu senyum), susah la ini orang...
aku : (dalam hati) hahahaha

kedai-kedai motor memang kuat tipu...
banyak rakan-rakan serempitan aku dulu kena tipu gak...haha

tips untuk elak ditipu..pi beli barang yang rosak kat kedai spare part..bawak..suruh dia tukarkan jer...
at least bayar upah je and kita tau market price sesuatu alat ganti dan ini mengelakkan di tipu lagi..

ada x website yang tunjuk RRP (Harga Runcit) bagi alat-alat ganti kenderaan malaysia...
mudah rakyat nak buat rujukan dan elak dari ditipu...
especially bila pi alignment tayar..mesti camber out ja memanjang...
kena tukar skru camber yang harga sebenarnya rm 10 kot ...di cas sampai rm50...pergh...koyak2

ni harga bateri n tayar pun makin naik... kereta n motor ni xda ke yang pakai tayar mati macam basikal kanak2 ada roda tambahan tu? nak gak aku guna..haha

Monday, 25 April 2011

Nombor Plat Idaman Pemilik Proton

Aku orang perlis...tahu apa plate kenderaan perlis?
mula dengan R...
huruf R sering dikaitkan dengan DNA perlumbaan iaitu Racing,
maka, tak heran la wujudnya Honda Type-R, Yamaha R1, Suzuki RG (hahaha moto masa U), mazda RX (walaupun maksudnya bukan racing tapi revolution), lancer RS, dan x ketinggalan penala rasmi proton pun menggunakan huruf R sebagai trademarknya, iaitu R3 membawa maksud Race, Rally, Research...maka ramailah pemilik2 kereta proton di luaq sana modifiy kenderaan mereka supaya bodykit n innerkitnya jadik R3, x kiralah original R3 mahupun ciplak punya,,janji R3, aku dari segi bab ni, ketinggalan sebab kos untuk main2 R3 ni mahal woooo.....Harimau maybank punya utang pun lum siap bayau lagi,,,termasuklah hutan pitipitipu,,wah..hari ni gaji...aku lom click2 lagi nih...x pa..tunggu next week ka..laju sket.. la ni ramai orang guna...

Berbalik pada cerita R3 aku tadi, kat malaysia ni..orang2 kaya suka benar main number plate...dan aku rasa mesti semua peminat proton R3 akan rasa sedikit kecik ati rrr...sebab plate R3 ni bukan dekat proton tapi.....

Plate Number R 3 tu!
Kat sebuah Bentley..mungkin dia dah terlepas beli number plate BEN7134 yang Bentley hitam tu dah pakai..proton pun jadi la...biaq ramai pemilik proton iri hari..hua..hua

Monday, 11 April 2011

Telur Dadah?

Orang putih kata "A picture describes thousand words", tapi dalam kes ni...a word describes Drugged Egg instead of Omelete..kalau dah x sure ejaan tu..tulis jer la omelete...haha...murah tol dadah ni...siap jual kat kedai makan..

agak-agaknya mat bangla ke yang tulis?
pasal kedai makan sekarang kan ramai bangla jer...

Thursday, 7 April 2011

En.J mampu buat kerja En.M, tetapi mampukah En.M buat kerja En.J?

Aku rasa tak mampu,daripada surat-surat yang sepatutnya diuruskan oleh Encik M yang di'forward'kan kepada Encik J, aku rasa....budak sekolah rendah pun dah boleh jadi Encik M...

Aku minta jasa baik Encik-Encik M di luar sana,

Fahamilah betul-betul skop dan bidang tugas anda dan jabatan/bahagian anda sebelum forward memforward ini dibuat


Nampak pelik sangat bila orang forwardkan balik benda yang kita forwardkan ke dia.

Ada faham?
Samji?
Fahimtu?
Do you understand?
Comprenez-vous?
Anata ga rikai shite kudasai?



Wednesday, 6 April 2011

Cold In Place Recycling (CIPR)

Ni ada sedikit brief mengenai teknik recycle jalan. Kerja maintenance jalan baru paham betul benda ni.Kat U dulu ada satu topik yang kecik sahaja.


Kaedah CIPR merupakan proses mengitar seluruh bahagian pavemen bersama sebahagian bahan di bahagian bawah iaitu tapak jalan (road base) dengan penambahan agen penstabil.  Berdasarkan kaedah ini, satu lapisan crushed aggregate ditambah di atas permukaan jalan yang akan dikitar semula dan lapisan jalan akan digaulkan bersama-sama crushed aggregate dan agen penstabil untuk membentuk hamparan tapak jalan yang baru. Kerja-kerja menurap semula di atas tapak jalan yang baru ini dilaksanakan menggunakan kaedah turapan biasa. Kerja-kerja mengorek, memecah pavemen, menggaul dan menghampar semula tapak jalan menggunakan kaedah ini perlu dilaksanakan menggunakan mesin CIPR khas yang dikenali sebagai Recycler. Antara agen penstabil yang boleh digunakan adalah simen Portland biasa, bitumen emulsi dan bitumen buih. Kedalaman tapak jalan yang dikitar semula adalah berbeza-beza bergantung kepada tahap kerosakan pavemen.
Antara kelebihan kaedah CIPR adalah bahan pembinaan asal dikitar semula dan digaulkan bersama agen penstabil menjadikan tapak jalan kukuh dan penggunaan bahan luar yang lebih sedikit berbanding kaedah biasa. Dengan menggunakan kaedah CIPR juga, masa pembinaan dapat dipendekkan berbanding kerja pembaikan biasa yang melibatkan pembinaan semula tapak jalan.

Ni ada sedikit gambar sebenar mesin CIPR ni kat Malaysia

Gambar 1 : Proses memecah pavemen dan mencampurkan dengan agen penstabil (sini pakai simen) dan menghamparkan semula ke atas permukaan tapak jalan yang baru (road base) lepas ni diorang compact. Dah compact bleh la premix.


Gambar 2 : Besar gak la mesin ni, selalu nampak kat tepi-tepi Lebuhraya.


Gambar 3 : Inilah grinder yang men'scour' jalan sampai berapa depth yang dikehendaki 

Tuesday, 5 April 2011

Aku seronok bila PES 2011 ada team tanah air tumpah darahku


Pro Evolution Soccer (PES) [nama europe] dan Winning Eleven [nama jepun] adalah satu game yang tidak perlu diperkenalkan lagi dan senantiasa menjadi medan untuk aku dan kengkawanku berentap dan masing-masing akan mempraktikkan skill2 termaju yang telah berjaya diperoleh.

Apa yang menarik mengenai game in dengan diriku adalah setiap kesinambungan sirinya akan di launch pada oktober setiap tahun...kira hadiah besday aku la ni...walaupun bukannya pergi beli yang original pun dan aku juga tidak menyumbang kepada kekayaan lanun cetak rompak di Malaysia kerana aku pun melanun juga kat torrent. Sekurang-kurangnya industri cetak rompak perisian ni terbantut la sket dek kerana kurangnya pengaliran duit aku kepada mereka. Kalau nak diingatkan balik...banyak jugak duit pitipitipu aku dulu telah dilaburkan ke industri cetak rompak ni, mana x nya...DVD cerita, game, software..semua lanun yang bekalkan...nak yang ori mahal nak mampos...bayangkan autocad saja dah berbelas riban...

Siri terbaru PES ni adalah PES 2011, memang best sebab dalam PES kita bleh buat skill2 yang macam kita tengok kat padang ataupun kat ESPN la...real habis...tapi yang x berapa bestnya offside nya yang sangat mengarut dan bila networking asyik sangkut ja..seingat aku last PES yang bleh networking kat PC menggunakan LAN dengan jayanya adalah PES 4...memang layan habis..blok aku kat  U dulu macam stadium...penonton pun ada...tapi skarang kalau nak lawan dengan member kena guna controller lah pulak..dan aku nih x mahir menggunakan controller...(boleh guna..tapi skill x mantoop). 

Berbalik pada siri PES 2011. Biasalah..konami dapat lesen x full..perkara biasa..menyebabkan ramai fan konami ini amat bengang dengan EA..pasal EA dah beli hak solo utk EPL..tapi untuk x mengecewakan peminat...2-3 bulan lepas tu akan ada la patch yang dibuat oleh fan yang power dalam programming komputer nih..memang aku salute habis la...ada masa utk buat tu... di samping patch2 tidak rasmi ni..konami siap bleh update transfer secara online lagi skarang...tu yang aku agak kagum la..kira macam awesome habis la PES 2011... sbb antara faktor utama aku akan upgrade game dari siri PES yang sebelum ke yang terkini adalah senarai pemain yang terkini mengikut perpindahan yang telah dibuat...tapi PES 2011 dah bekalkannya dalam extra content...mungkinkah lepas ni Konami bleh menumpukan perhatian untuk keluarkan successor yang lebih agung..?

Lastly...balik pada main point..cemana nak carik patch untuk PES..dulu2 agak mencabar la nak google patch ni..dari kitserver yang kena guna software AFS explorer hingga kini aku jumpa satu bweb yang terbaik..iaitu razib 46...(korang google ja la)..update terbaru yang kuar ada detail2 sebegini;

PATCH 1.1 FEATURES:
- DLC 7.00 compatible
- KONAMI Official Patch 1.03 compatible
- Complete winter 2011 transfers
- All 32 Champions League teams
- Correct map position for all 32 CL teams in CL selection mode
- All Europa League teams
- Unlocked all Libertadores teams in Exibition (NO ML CRASH)
- Added Santos FC
Added Gremio and Fluminense NEW
- Added SK Sturm Graz
- Added Standard de Liege, Trabzonspor, FK Austria Wien, FK Dnipropetrovsk
- Complete Bundesliga
- Complete Npower Championship in D2 League (switch leagues)
- Complete Serie Bwin (switch leagues)
- Complete Liga Adelante (switch leagues)
Added new “Extra Teams“ league in Exibition NEW
- 4 All Stars teams (Now playable in all cup modes)
Added World All Starts team NEW
- 6 Under 21 national teams
Added Georgia, Macedonia and Malaysia NEW
- Added 10 new balls
- Added DLC 7.00 boots
- Added 9 new stadiums
- 30 menus (6 are KONAMI default)
Updated selector NEW
- Adboards selector
- Scoreboard selector
- Face for more than 120 players
- German map for Bundesliga
- Correct map position for all teams
- Correct kits for all unlicensed club teams
- Correct kits for all national teams
- Correct names for all unlicensed club teams and leagues
- Correct emblems for all unlicensed club teams and leagues
- Correct names for all players
- and more...
ada team Malaysia tu..bangga sungguh aku..kalau x silap aku..budak Malaysia yang buat ni..pastu si razib ni masukkan je la lam patch dia...lepas ni bleh la team master league aku ada Safee Sali, KFCM dsb..mari kita lihat...power x...

apapun..aku dah x sabar nak install patch yang terkini ni...

Sekian..