Search This Blog

Friday, 13 July 2012

Permit Memandu Antarabangsa di Jepun

Permit memandu antarabangsa laku hanya untuk tempoh setahun sahaja setelah menjejakkan kaki di negara matahari terbit ini, ataupun tarikh tercatat kat permit memandu antarabangsa tu, yang mana sampai dulu.

Kalau boleh balik Malaysia sat,duduk dalam tiga bulan ke atas, boleh bawak mai permit memandu antarabangsa baru, laku setahun lagi...begitulah sistemnya...

Kenapa sistem macam ni digunakan? menyusahkan warga asing, tidak sebenarnya...fokus utama adalah untuk menyusahkan rakyat jepun sendiri yang giat menipu pi negara orang ambik lesen dan buat permit memandu antarabangsa sebab kos nak ambil lesen di jepun ni amatlah mahal..harga subaru 2nd hand lagi murah..

Untuk mengatasi masalah ini, kenalah ambil lesen memandu jepun

Got a cheap tripod

Lepas balik semayang jumaat,
Pi JAF sat untuk buat translation lesen memandu untuk proses ambik lesen nanti..
lepas melepak dekat setengah jam, settle translation tu..kena balik naik subway...
kalau naik subway...kenalah tukar kat kyoto station...
kat kyoto station ada kedai kamera 2nd hand...
so alang-alang, rajinkan diri jalan dan naik lif atas pachinko...
tengok filter, tengok harga kamera...
ternampak pulak tripod...
murah pulak tu... 1380 yen, dalam RM 50,
testing sikit, beli...

tripod yang ada la ni x cukup tinggi, velbon ni tak payah tunduk-tunduk dah..
persiapan untuk menembak bunga api 10 ogos nak mai ni...

rupa dia..(imej google) balik cek dekat yahoo auction..ada orang nak jual sampai 6000 yen, mahai tak sangga kot...siap xdak quick release lagi,