Di Jepun, urusan tukar nama, test kereta @ shaken (macam pemeriksaan Puspakom kat Malaysia), tax, dan lain-lain yang berkaitan dengan pengangkutan darat dikendalikan oleh Land Transport Office di bawah Ministry of Land, Transport and Tourism (http://www.mlit.go.jp/en/index.html).
Ini link untuk proses tukar nama
http://www.mlit.go.jp/english/inspect/index1e.html
perkara yang penting sebelum tukar nama adalah kena ada petak parking (dan disahkan oleh polis).
ni laku untuk kereta besar-besar saja, kei kar proses dia lain sikit.
antara dokumen-dokumen yang perlu ada ialah
1) Parking Certificate (hanya laku sebulan sahaja dari tarikh di cop polis, kena tukar nama cepat-cepat)
2) Shaken
3) Resit Body Tax
4) Recycle Fee Receipt
5) Inkan original tuan baru
6) Inkan original tuan lama
7) surat pengesahan inkan tuan baru oleh city hall
8) insurans wajib kereta
untuk step 6, jika tuan lama tidak turut serta di pejabat tukar nama ni,
sila pastikan tuan lama bagi
i. surat kuasa kata tak turut sama
ii. surat pengesahan inkan dari city hall
rasanya itu sahaja dokumen yang wajib,
jadi langkah berikutnya kenalah melawat Land Transport Office, Kyoto Branch adalah di sini
34.96557, 135.75613
![]() |
Gambar dari Google |
![]() |
Gambar dari Google (Rupa dari Jalan Raya) |
1) Parking
2) Sila ke bangunan C untuk menyerahkan nombor plat lama kereta anda (kalau tak bawa screwdriver boleh pinjam kat sini)
3) Pi kat bangunan D, beli borang OMR dan setem 500 yen, kena cas 12 yen, total bayar kat sini 512 yen.
4) Pi ke bangunan A untuk isi borang dan minta bantuan kat orang jepun di kaunter kalau tak faham (kat sini lepas isi borang dan submit, kena tunggu dalam 30 minit sebelum shaken baru siap dan ada nama tuan baru kat situ.
5) Diarahkan ke bangunan B tingkat 2, ada pegawai akan bagi satu kertas untuk dibawa ke bangunan C.
6) Ambil nombor plat baru di bangunan C (kena bayar 1440 yen)
7) Pasang nombor plat baru dan pegawai dari bangunan C tu akan sealkan satu skru kat plat belakang.
Siap proses tukar nama kereta
![]() |
Plat lama kena buang, ni masa tengah pecahkan seal lama untuk bukak skru kat situ |
![]() |
Dah dapat nombor baru (cantik pulak tu) |