Tanpa sebarang diagnosis yang mendalam, aku pun buat kesimpulan, mesti power supply punya hal la ni, power supply (PSU) yang aku guna sekarang ni pun aku beli masa kerja kat penang 4 tahun yang lalu, dah sampai masa agaknya,
Tanpa melengahkan masa, kalau lengah, tak best pula nak melayan movie, kalau guna laptop, leh aje nak plug display kat skrin 20' tu, tapi tak boleh guna remote, kalau PC aku, boleh guna remote, baru ada perasaan seperti menonton DVD walaupun menonton cerita hasil aktiviti melanun,
balik kepada tanpa lengah tadi, aku terus berkejar ke Plaza Lowyat (Sebenarnya nak survey harga Hard Disk sekali pasal hard disk 500 GB aku dah full! Harga seagate 1TB kat Cytech RM 305 aku rasa mahal gak) Melilau 2 kedai je, last-last beli la 1TB pada RM285, ada je yang RM 265 tapi USB 2.0 dead, yang aku beli USB 2.0 tapi nanti leh convert ke USB 3.0, terbeli juga joystick wireless, untuk PES 2011, power supply aku beli jenama AVF harga RM 35 je,
Balik rumah, aku pun godek la PC yang lama sungguh tak digodek sejak neon hijau AMD aku rosak beberapa purnama yang lalu, hah! Siap tukar, on la PC, keluaq pula suara robot "Your System Might Have A Problem", takkan ram longgar? aku x usik pun, Hmm....di samping menukar Power supply tadi, aku rongkah la PSU lama tu, pergh, kapasitor dua ketul dalam tu dah bleeding la, jadi short circuit..patut la bengong...
Oleh kerana PSU baru pun x berguna jugak, aku rongkah la jugak, tengok apa perbezaan dia...Cis, soket dari PSU ke mainboard x cukup satu wire, HARAM, terkena gak aku dengan LOWYAT!, Akhirnya, keputusan yang amat drastik diambil, guna balik PSU lama dengan cuba tidak melitar pintaskan ia, potong dengan pisau blade, buang cecair jingga yang dah keras tu, tak tau lah apa yang cair kat kapasitor tu, pasang la balik PSU lama,
On PC je, OK lak, biar betul, rugi aku tersedekah RM 35 di bulan Ramadan kat ALL IT Lowyat, dapat PSU faulty wayar x cukup 1, tapi ada sticker QC pass, QC kompeni AVF ni kerja cemana aaa,leh aku apply,mesti rileks kerja dia, lekat sticker ja...(ke PSU untuk Pentium 4 memang x cukup 1 wire, orang-orang P4 leh comment? aku orang Socket A.
![]() |
CPU pada Zaman nak tamat kegemilangan, lampu neon masih menyala megah, |